Hari ini aku buat keputusan untuk download dan install iOS 26 dan watchOS 26. Perasaan ingin tahu dan teruja memang jelas terasa! Segala desas-desus dan berita yang aku baca sebelum ini kini sudah berada di depan mata. Persoalannya, adakah ini akan jadi satu pengalaman hebat atau hanya beban masalah?
Setakat ini, pengalaman aku cukup lancar. Mujur internet rumah aku laju, jadi proses muat turun tidak mengambil masa panjang. Saiz pemasangan pun tidak terlalu besar — hanya sekitar 12GB untuk iPhone Pro Max dan 2.7GB untuk Apple Watch Series 10.
Proses pemasangan berjalan dengan baik tanpa masalah. Tempoh keseluruhan lebih kurang sejam sahaja untuk kedua-dua peranti. Aku sempat juga snap beberapa gambar semasa proses berlangsung.
Cuma kali ini aku tidak dapat menulis panjang lebar. Jam sudah pun 5:09 pagi, mata semakin mengantuk. Nanti aku akan sambung lagi dengan pengalaman menggunakan iOS 26 dan watchOS 26 selepas beberapa hari.
Stay tuned!
✍️ Ditulis oleh Encik Ali
No comments:
Post a Comment