Tuesday, February 14, 2017

Antara kamera Nikon dan Canon yang mana patut dipilih (dibeli)

Pengenalan

Kembali pada zaman kegemilangan fotografi berfilem, terdapat banyak jenama kamera yang hebat-hebat yang boleh anda pilih. 
Sejak memasuki zaman fotografi digital, hanya dua jenama terbesar iaitu Canon dan Nikon tetapi persoalannya ialah, sebagai jurugambar yang baru, pastinya anda harus membeli salah satu daripadanya, jadi yang mana anda harus pilih?
Sebelum saya pergi lebih jauh, saya tidak mengatakan bahawa jenama lain seperti Sony, Samsung, Pentax dan lain-lain adalah tidak baik - anda juga boleh mendapatkan hasil gambar yang baik dari jenama-jenama ini - cuma ianya tidak banyak pilihan sekiranya dibandingkan dengan Canon atau pun Nikon.
Untuk makluman, saya juga adalah pengguna Canon, untuk menyangkal, sebenarnya ianya tidaklah penting apa yang digunakan oleh orang lain.

Keserasian - Canon Vs. Nikon
Salah satu sebab terbesar mengapa Canon dan Nikon lebih popular daripada jenama lain ialah keserasiannya dengan peralatan yang lebih lama.
Tempoh jarak pengeluaran Canon EOS  adalah dari tahun 1987 dan Jarak pengeluaran lens "F Mount" Nikon pula dari tahun 1959. Ini bermakna anda boleh gunakan mana-mana EOS atau pun lens F pada kamera anda - ianya tetap berfungsi sebaiknya.
Perbezaan yang utama antara kedua-duanya adalah "autofocus"; Semua lens Canon EOS adalah "autofocus" manakala Nikon pula, hanya lens AF-S sahaja boleh. Sekiranya anda mahu lens Nikon anda boleh melakukan "autofocus" (dan berkemungkinan anda perlu), maka anda harus memilih lens AF-S, ini secara tidak lansung membuatkan anda tidak mempunyai banyak pilihan lens.
Nikon telah membuat keputusan untuk tidak memasang motor "autofocus"nya pada semua kamera "Entry Level"nya, dalam usahanya untuk memastikan kamera-kameranya lebih ringan, padat dan murah.
Jadi pada masa ini, Nikon D40, D40X, D60, D3000, D3100, D5000 dan D5100 tidak disertakan motor. Canon pula, sebaliknya, sentiasa melengkapkan lensnya dengan motor "autofocus" yang dipasang didalam lens, bukan pada badan kameranya; ini tidak langsung menjadi masalah kepada pengguna Canon.
Lens pula senjak 25 tahun dahulu, telah pun cukup membuatkan kebanyakan jurugambar berpuas hati tetapi, sekiranya anda tahu mana-mana lens yang lebih lama dan anda rasa anda memerlukannya untuk digunakan pada kamera anda, Nikon adalah kameranya.
Baru-baru ini saya telah pun menaik taraf lensa saya kepada Canon L-Series, hasil dan kualitinya amatlah ketara, tidak kurang juga pada "autofocus"nya.

Ia menggunakan motor ultrasonik yang sangat cepat dan tepat, setiap kali menggunakannya ia memberikan saya hasil yang terbaik. Lensa lama biasanya menggunakan motor yang lama juga yang agak kurang boleh diharapkan dan tidak dapat melakukan sesetengah perkara dengan baik; jika anda mencari lensa lama untuk dibeli, pastikan anda menguji terlebih dahulu.
Jika anda ambil kisah berkenaan "Crop-Factor", anda mungkin berminat untuk mengetahui bahawa sensor Canon sebenarnya adalah sedikit lebih kecil didalam badan kamera "Entry Level"nya, ini memberi lebih pada "Crop"nya.
Jika anda memasang lensa 50mm pada badan kamera "Crop-Factor"nya adalah 1.6 daripada 1.5, anda akan dapat melihat persamaannya dengan 80mm, lebih daripada 75mm. Ia bukan satu perbezaan yang besar tetapi ia mungkin sesuatu yang anda mahu untuk dipertimbangkan jika anda membeli banyak lensa bingkai penuh.

Prestasi

Anda mungkin berfikir bahawa ini adalah faktor yang paling penting dan utama untuk perbandingan tetapi prestasi keseluruhan Canon dan Nikon adalah begitu baik dan amat susah sekali untuk membuat keputusan kamera mana yang terbaik.
Jika anda mementingkan prestasi perkara terbaik untuk dilakukan adalah membandingkan faktor utamanya seperti "autofocus", bunyi bising, megapixel, gambar sesaat dan mungkin juga berat kamera.
Terdapat beberapa faktor di mana Canon amat menonjol dibandingkan dengan Nikon, dan begitu juga sebaliknya.
Sebagai contoh, saya benar-benar tidak suka "Auto White Balance" pada Canon tetapi pada pendapat saya lensanya adalah yang terbaik. Dan pula pada pendapat saya sistem navigasi menu Nikon disusun begitu teruk sekali tetapi kameranya dapat menangani bunyi bising dengan baik.
Ini semua bergantung pada kamera mana yang didalam bajet anda; Canon dan Nikon sentiasa dalam usaha untuk mengalahkan antara satu lain.

Kebolehgunaan

Pada pendapat saya, salah satu faktor yang paling penting untuk dipertimbangkan apabila membeli kamera baru adalah kebolehgunaan.
Bagaimana rasanya di tangan anda bila ada memegangnya, selesa? Situasi dan masa yang sebagaimanakah ia sesuai digunakan, untuk tujuan apa? melancong? belajar? atau bekerja? Adakah sistem navigasi menunya mudah untuk digunakan?
Semua soalan-soalan ini perlu dijawab apabila anda memilih kamera untuk kali pertama dan, bagi saya, apa pun ia mestilah mampu mengatasi semua sebab-sebab kegunaan dan tujuan utama saya untuk membeli kamera.
Sewaktu saya memilih Canon pertama saya, apa yang penting bagi saya adalah apa yang sesuai untuk saya. Anda tidak perlu terpengaruh dengan gaya Nikon yang berwarna merah menyala, atau kanta kelabu besar dari Canon. Apa yang anda perlu tahu ialah apa yang boleh ia lakukan untuk anda dan berpegang dengannya.
Tidak selalunya dan semestinya orang beralih dan bertukar kepada jenama lain tetapi, sekiranya mereka lakukannya, ia biasanya adalah kerana kebolehgunaannya, ini kerana mana-mana jurugambar yang baik tahu bahawa mereka tetap boleh menghasilkan sesuatu yang baik dengan hanya gear yang asas sahaja.

Jenama Manakah yang Sesuai untuk Anda

Saya sangat galakkan anda untuk pergi ke kedai-kedai kamera dan perhatikan kamera yang harganya berada dalam bajet anda.
Jangan perhatikan spesifikasinya, ambil beberapa kamera. Kemudia lihat adakah ia mudah untuk digunakan dan lihat apa yang dihasilkan oleh kamera itu baik? Dan adakah hasil yang diperolehi darinya memuaskan anda?
Contohnya, Canon saya mempunyai skrin yang baik jadi ia memudahkan saya untuk melihat kembali imej-imej saya. Manakala kawan-kawan saya yang menggunakan Nikon pula skrinnya adalah tidak sebaik Canon yang saya gunakan sekiranya dibandingkan. Ciri-ciri ini walaupun kecil tetapi perbezaannya penting.
Pembelian kamera anda yang pertama seharusnya dilakukan dikedai kamera dan bukannya secara online.
Ramai orang baru dalam fotografi cenderung untuk berbuat demikian ini kerana rakan-rakan mereka telah mempunyai DSLR dan mereka sebenarnya mahu mendapatkan hasil yang sama.
Rakan-rakan anda pasti akan mempengaruhi keputusan anda dan cuba untuk meyakinkan anda untuk membeli jenama yang sama mereka gunakan, dan ia bukanlah sebenarnya idea yang teruk.
Sebenarnya membeli kamera sejenama dengan kawan anda, anda boleh berkongsi lens dan flash mereka. Contohnya sewaktu anda keluar mengambil gambar bersama-sama mereka, anda secara tidak langsung mempunyai dua kali ganda lebih banyak peralatan untuk kegunaan anda dan anda juga boleh membantu antara satu sama lain sepanjang masa.
Mereka juga dapat membantu anda belajar bagaimana untuk menggunakan kamera anda.
Contohnya satu dari seorang kawan rapat saya membeli Nikon dan meminta saya untuk menunjukkannya bagaimana cara untuk mengambil beberapa gambar yang saya telah ambil. Walaupun saya boleh beritahu dia bagaimana saya melakukannya, tetapi saya tidak dapat menunjukkan pada dia proses dan langkah-langkah pada kameranya, ini kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menggunakan kamera Nikonnya.
Akhir sekali, fikir tentang apa yang anda mahu lakukan dengan kamera anda dan di mana anda mahu ia membawa anda.
Seorang rakan saya memiliki D300 Nikon, ianya adalah kamera yang sangat baik tetapi akhirnya menjual semua peralatannya dan membeli Canon sebaliknya, ini adalah kerana dia mahu menaik taraf kepada bingkai penuh.
Harga bagi Nikon DSLR bingkai penuh (D700) adalah lebih mahal daripada Canon (5D) tetapi ia hanya 12 megapiksel berbanding Canon yang mempunyai 21 Megapiksel. Jumlah megapixel adalah penting untuk jenis gambar yang hendak diambil.
Setelah diambil kira faktor-faktor yang disenaraikan didalam post ini, ianya jelas bahawa tidak ada pemenang sebenar, semuanya atas keputusan peribadi seperti keperluan dan citarasa.



1 comment:

qudampadilla said...

Casino of the Week 2021 - Mapyro
Play at the casino, where you 양산 출장샵 can experience 거제 출장샵 the best of all the best slots 보령 출장마사지 and 상주 출장마사지 table games from leading software 보령 출장마사지 providers. Play for free here!